Saturday 24 October 2015

MICROSOFT EXCEL: MARKAH TAHUNAN PELAJAR

Assalamualaikum..

entri kali ialah tentang penggunaan microsoft excel dalam menyediakan helaian kerja markah pelajar.. disebabkan elemen di dalam excel ni agak banyak untuk ditunjuk, jadi saya akan teruskan kepada bhgn2 yg penting je okayyy....

1) Masukkan Data

pertama sekali, masukkan senarai nama pelajar, item2 yang diperlukan dalam setiap cells.


taipkan dahulu markah dalam setiap ujian dan peperiksaan. untuk mengira purata, peratus dan setiap operasi yg ingin dibuat, pastikan anda letakkan tanda '=' dulu diikuti dgn operasi anda.. cth di bwh ialah =SUM(I5+L5+O5).

dan apabila anda tekan enter, anda akan dapat seperti di bwh.

anda x perlu taipkan setiap operasi untuk semua pelajar.. klik di hujung cell P5 sampai anda jumpa simbol '+', kemudian double klik di situ dan anda akan dapat nilai untuk semua pelajar. well, this is what excel are for... yayyy

2) GRED PELAJAR (VLOOKUP)

Anda perlu membina table dahulu untuk gred prestasi seperti di bawah. klik cell K5 --> menu bar--> formula --> insert function.

rajah insert function akan keluar.. dan pilih VLOOKUP --> OK....


kotak function arguments bagi VLOOKUP ialah seperti di bawah. 
lookup_value : lihat cell pertama yg kita hndak gredkan. 
table _array : highlight table pink.
col_index_num: tulis '2' 
range_lookup: tulis 'TRUE'
ok.


anda akan dpt lihat gred yg terhasil.. seperti yg kita buat untuk operasi tadi, klik di hujung cell smpai nmpk simbol '+', untuk dapatkan gred semua pelajar.


3) Menggunakan COUNTIF

COUNTIF digunakan untuk mengira bilangan gred.
klik cell J8 --> menu bar --> formula --> insert function.

pilih category statistical, kemudian pilih COUNTIF di rajah insert function. ok


selepas itu, rajah function akan keluar. 
range: tarik cell dari Q5  hingga Q26. 
(jangan lupa untuk selitkan simbol '$' di dalam range.)
criteria: taipkan TH.


COUNTIF tidak boleh dibuat sekaligus untuk semua pelajar seperti VLOOKUP. 
buat satu-persatu range dan criteria megikut cell.

jadi, seterusnya saya mengira % pula seperti biasa. cth seperti di bawah.


dan hasilnya seperti di bawah.



4) Membina Graf

pada menu bar, klik insert , pilih 2-D column (Clustered column).
jadi, paparan rajah graf akan keluar. 


klik move chart untuk pindahkan ke sheet yg lain. di sini saya labelkan sebagai 'graf thn 3 ferum'.
kemudian klik select data untuk mengedit graf.


rajah select data source akan keluar seperti di bawah. klik edit. taipkan 'peratus pencapaian pelajar tahun 3 ferum'.


di bawah ialah cth graf yg sudah siap.. label setiap axis. anada boleh mengubah mengikut kreativiti. 


di bawah ini pula ialah senarai markah pelajar yang sudah siap diedit cantik2. menggunakan wrap text, merge & centre , dsb. 



untuk lihat hasil kerja saya yang lengkap, boleh klik link ini











4 comments: