Monday, 28 September 2015

TUGASAN KRITIK BLOG

Maaf saya bukan Kak Ogy suka-suka nak kritik..hihi.  Ini hanyalah tugasan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.

Bismillahhirahmanirrahim....

PENGENALAN 

Blog merupakan salah satu daripada medium untuk masyarakat berkongsi maklumat, bertukar pendapat, menjana pendapatan dan sebagainya. Blog juga adalah salah satu bentuk diari kehidupan dalam bentuk yang lebih moden. Rata-rata individu yang mempunyai blognya yang tersendiri mempunyai tujuan ataupun objektif untuk apa blog tersebut diwujudkan. Berikut merupakan antara 5 blog terbaik pilihan saya iaitu:

·         =angelwearsgucci.blogspot.my
·         = inibelogsaya.blogspot.my
·         =cikgumarianaothman.blogspot.my
·         =www.azlitamasammanis.com
·         =lulalilolife.blogspot.my


1.  angelwearsgucci.blogspot.my


Pemilik blog ini merahsiakan identitinya yang sebenar. Menggelar dirinya sebagai En. Gabbana dalam penulisannya, ianya telah pun menarik minat ramai pembaca untuk tidak melepaskan peluang membaca setiap entri yang dikeluarkannya. Beliau yang juga dikenali sebagai Ikhwah Pakai Jeans juga bijak menggarap bait-bait susunan ayatnya sehingga pembaca dapat merasai emosi dan perasaan dalam setiap entrinya. 

Blognya juga cukup kemas dan tidak begitu serabut lebih tertumpu kepada penulisan untuk menyentuh hati para pembaca untuk lebih dekat dengan dakwah Islam pada masa kini. Cubalah singgah di blog ini pasti anda akan jatuh ‘chenta’. #chenta merupakan karya terbaru penulis dalam penulisan buku. Bermula dengan blog, kini penulis sudah mempunyai koleksi buku-buku yang ditulisnya sendiri.  

Walaubagaimanapun, penulis boleh menambahkan lebih banyak gambar-gambar menarik untuk menarik minat pembaca untuk terus membaca di setiap entrinya.





 2. inibelogsaya.blogspot.my 



Siapa juga yang tidak mengenali selebriti terkenal pada masa kini iaitu Hanis Zalikha yakni pemilik blog ini. Berbekalkan bakat semulajadinya dalam bidang penulisan, telah menjadikannya selebriti yang paling dicari di Google pada tahun 2010 sekaligus mengalahkan penyanyi NO.1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Selain itu, blognya juga penah dicalonkan dalam Most Influental Blog pada tahun 2011.  Beliau juga turut menjana pendapatan menerusi blognya dengan mengiklankan produk-produk masa kini. Beliau sangat giat mempromosikan produk kecantikan milik ibunya iaitu Toujours Advanced Collagen Shots di blognya. Jadi, siapa bilang dengan blog kita tidak boleh menjana pendapatan bukan? 

Menurut penggemar-penggemar blognya, beliau mempunyai gaya bahasa yang tersendiri dalam setiap penulisannya. Seringkali berkongsi tips kecantikan, fesyen terkini, dan kehidupan peribadinya, sedikit sebanyak telah menjadi sumber inspirasi buat orang di luar sana terutamanya golongan remaja. Blognya juga sangat ringkas dan menyebabkan blognya mudah dilayari tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk singgah ke blognya.

Kini, beliau jarang sekali mengemaskini blognya dan hal ini akan membuatkan ramai penggemar-penggemar blognya  ternanti-nanti dan merasa bosan untuk menunggu. 

3. cikgumarianaothman.blogspot.my 


Tahun 2010 merupakan titik pertama bermulanya penulis ini berkecimpung dalam dunia penulisan di blog. Pertanyaan-pertanyaan daripada pelajar seperti “Bila lagi cikgu akan membuat nota ringkas untuk tajuk-tajuk Pengajian Perniagaan yang lain? Saya lebih suka membaca nota ringkas cikgu dan kalau cikgu ada blog sendiri itu lebih mudah untuk kami mencari nota-nota dan latihan cikgu" membuatkan semangat guru ini semakin berkobar-kobar untuk mewujudkan blognya yang tersendiri. 

Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar terutamanya. Belian akan memuatnaik nota-nota ringkas untuk mata pelajaran Pengajian Perniagaan, bukan sahaja para pelajarnya sahaja dapat membaca nota-nota tersebut malahan semua pelajar di Malaysia dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan. Pada masa yang sama, penulis juga berkongsi hal-hal berkenaan kehidupan yang dapat dijadikan aspirasi buat pelajar di luar sana. Blognya yang bercirikan tema klasik ini mempunyai gadget-gadget seperti ruangan berbual, bilangan pelawat dan lokasi pelawat. Walaupun agak lama penulis ini tidak menulis di blognya, nota-notanya masih diguna pakai hingga ke hari ini. 

Bagi unsur penambahbaikan blog, penulis boleh menukar tema blog dan gadget semasa untuk lebih moden dan tidak ketinggalan zaman. Penulis juga boleh melampirkan nota-notanya melalui 'Google Drive' supaya lebih mudah untuk diakses tanpa perlu untuk memuatturun nota.

 4. www.azlitamasammanis.com 




Blog ini merupakan blog pertama yang akan saya cari jika ingin mencuba resipi yang baru. Melihatkan gambar-gambar yang dimuatnaik oleh penulis ini, pasti akan membuatkan ramai yang kecur liur ingin mencuba setiap jenis masakan yang terdapat dalam blog tersebut. 

Kebanyakan gambar makanan yang berada di dalam blog beliau menggunakan teknik 45º dari atas untuk kesan yang lebih dramatik terhadap makanan tersebut. Apa yang pasti setiap resepi yang dikongsikan oleh penulis pasti menjadi. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah bilangan pelawat blog beliau hampir mencecah sebanyak 52 juta pelawat. 

Sedikit penambahbaikan yang boleh dibuat dalam blog beliau ialah penulis boleh mencuba memasukkan klip video masakan untuk pembaca dapat memahami dengan lebih lanjut teknik-teknik memasak. Hal ini kerana, tidak semua jenis masakan dapat difahami dengan penulisan semata-mata. Masakan seperti kek dan pastri memerlukan masa untuk memahami teknik-tekniknya. Selain daripada itu, blog ini ialah blog masakan terbaik buat sesiapa di luar sana yang mahukan masakannya ‘menjadi’ setiap kali mencuba resepi yang baru.



5. lulalilolife.blogspot.my 




Blog yang berkisarkan tentang kehidupan penulis ini sendiri cukup menarik sekali untuk dikongsi bersama para pembaca di luar sana. Penulis yang kini baru sahaja habis menuntut di University of Birmingham, England banyak berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada di sana bermula sejak beliau pertama kali menjejakkan kaki di Birmingham sehingga beliau tamat pengajian di sana. 

Setiap entri beliau amat penuh dengan eksplorasi-eksplorasi menarik yang dapat dilihat dalam bentuk gambar. Blog beliau juga dihias indah di samping mempunyai lagu yang menenangkan jiwa.

 Walaubagaimanapun, terlalu banyak gadget dan lagu akan membuatkan blog agak lambat untuk diakses.


PENUTUP

     Setiap blog mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Semuanya bergantung kepada penulis itu sendiri. penulisan yang baik, idea yang bernas, tema yang cantik, dan aplikasi yang menarik akan membuatkan blog lebih digemari pembaca-pembaca di luar sana. 


Di bawah saya sertakan laporan dalam versi Microsoft Word pulak yer.. Isi masih lagi sama,
https://drive.google.com/file/d/0Bw6MzeQeVDoUejhDSHJvbVBVSjA/view?usp=sharing

sekian. 

No comments:

Post a Comment