Friday, 30 October 2015

BASIC PICTURE EDITING (GIMP)

Assalamualaikum..

wahhh hari ini first time nak edit2 gambo nih.. teringin jugak nak pandai edit2 gambar ni..
jadi tugasan kali berkaitan dengan picture editing..

untuk menyunting gambar, saya download terlebih dahulu perisian GIMP.
apabila dah sedia, boleh la kita mula nak edit gambarrr..yayyy

sbb cuti midsem dh nk dekat... rindu kat org tersayang xyah cakap laaa... nahh nie achik nak try edit gmbar zara dgn rayqal...kikiki

1. pilih gambar yg kita nak edit terlebih dahu.. klik file --> open --> pilih gambar -- open..
dan ia akan keluar seperti di bwh. saya. gunakan scissors select tool untuk memotong bahagian yg kita mahukan.

2. dah siap potong, jgn lupa klik pada gambar tersebut . seterusnya, pegi ke edit dan klik copy.


3. apabila sudah copy, klik file --> new. pilih landscape orientation. 

 4. bila dh buka lembaran baru,
klik edit dan paste gmbar yg sudah dipotong seperti di bawah.



5. anda boleh mungubah skala mengikut saiz yg anda inginkan. butang skala berada 
di bahagian toolbox. 


6. contohnya, saya kecilkan gambar. kedudukan gmbar juga boleh diubah .. guna move tool.


7. jgn lupa untuk klik layer --> new layer untuk tambah gambar baru.

8. lakukan step yang sama dari pertama hingga ke-7 untuk menambah gambar2 lain pula.


9. selepas anda memasukkan gmbr2 yg diperlukan. jgn lupa untuk save.


10. untuk latar belakang, hanya perlu klik bucket fill tool dan pilih warna.
selain itu, anda boleh menghias background dgn blend tool, gradient effects atau pattern fill. terpulang kepada kreativiti masing2.


12. pastikan klik dkat background dulu yer 


13. antara contoh background lain. saya gunakan gradient effect pulak.



14. selain itu, boleh tambah filter pulak.. unuk mencantikkan lagi hasil gmbar anda..



tq :)



Wednesday, 28 October 2015

A) MENYEDIAKAN HANDOUT POWER POINT & B) MEMASUKKAN DATA EXCEL KE MICROSOFT WORD

a) MENYEDIAKAN HANDOUT POWER POINT

1. kita perlu mempunyai slide power point yang sudah lengkap terlebih dahulu.

2. klik file --> export --> create handout.

3. rajah 'send ti microsoft word' akan terpapar. anda boleh pilih jenis handout yg anda mahukan.


4. kemudian, tunggu beberapa saat dan handout anda akan dihantar ke microsoft word seperti di bawah. 


b) MEMASUKKAN DATA EXCEL KE MICROSOFT WORD

1. sebagai contoh, saya sudah mempunyai data dalam excel seperti di bawah.


2. kemudian, buka new document di microsoft word.
di menu bar, klik insert --> object.

3. rajah object akan dipaparkan, pilih microsoft excel worksheet. ok


4. jadi , microsoft excel akan berada dalam document anda. sebagai, contoh saya terus paste kan data saya sebelum ini. anda boleh edit data anda dengan menggunakan right hand klik dan pilih edit.




terima kasih. :)

Sunday, 11 October 2015

POWER POINT: HYPERLINK DAN CARA MEWUJUDKAN BUTANG 'PLAY', 'PAUSE' DAN 'STOP' DI VIDEO

Bismillahhirahmanirrahim.......

BAHAGIAN 1:

Hyperlink


# buka microsoft power point mcm biasa, tambah new slide ikut berapa byk anda suka.


# siapkan dahulu perkara2 yg anda  ingin tulis di dalam power point tersebut.

# insert shape dahulu, isi maklumat dalam shape. 


# klik pada satu shape dan right klik cari perkataan hyperlink.

# jadi, keluarlah hyperlink seperti di bawah. pilih place in the document --> pilih slide mana yang anda ingin 'hyperlink'kan.


# lakukan perkara yang sama untuk 'shapes' yang lain.

# copy semua shape yang sudah di 'hyperlink'kan ke setiap slide yg anda mahukan.

# siappp... bolehla anda cuba.

BAHAGIAN 2:

Cara mewujudkan butang 'play' 'pause' dan 'stop'. 


# masukkan video yg diperlukan terlebih dahulu.. kemudian, masukkan tiga shapes seperti yg kita buat dlm bhgn hyperlink dan tulis 'play', 'pause' dan 'stop' dalam setiap shape seperti di bawah.



# seterusnya, klik animation -->animation pane --> add animation --> play--> pause --> stop.


# right 'klik'kan di bahagian 'play di bawah animation pane. pilih effect option --> timing -->trigger. jadi, anda boleh pilih mengikut shape yang telah anda tetapkan. contoh seperti yg di bawah. ikut jer steps di bawah..




#ulang langkah yg sama untuk shape pause dan stop anda.


ini adalah contoh yg telah saya buat mengikut tugasan yang diberi..

https://drive.google.com/file/d/0Bw6MzeQeVDoUak1QbldCdjkzLXM/view?usp=sharing
tq.

p/s: adakah blog warnanyy akan kembali bersarang semula selepas nie.. tugasan last dri abg janggut.:(

Monday, 28 September 2015

TUGASAN KRITIK BLOG

Maaf saya bukan Kak Ogy suka-suka nak kritik..hihi.  Ini hanyalah tugasan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.

Bismillahhirahmanirrahim....

PENGENALAN 

Blog merupakan salah satu daripada medium untuk masyarakat berkongsi maklumat, bertukar pendapat, menjana pendapatan dan sebagainya. Blog juga adalah salah satu bentuk diari kehidupan dalam bentuk yang lebih moden. Rata-rata individu yang mempunyai blognya yang tersendiri mempunyai tujuan ataupun objektif untuk apa blog tersebut diwujudkan. Berikut merupakan antara 5 blog terbaik pilihan saya iaitu:

·         =angelwearsgucci.blogspot.my
·         = inibelogsaya.blogspot.my
·         =cikgumarianaothman.blogspot.my
·         =www.azlitamasammanis.com
·         =lulalilolife.blogspot.my


1.  angelwearsgucci.blogspot.my


Pemilik blog ini merahsiakan identitinya yang sebenar. Menggelar dirinya sebagai En. Gabbana dalam penulisannya, ianya telah pun menarik minat ramai pembaca untuk tidak melepaskan peluang membaca setiap entri yang dikeluarkannya. Beliau yang juga dikenali sebagai Ikhwah Pakai Jeans juga bijak menggarap bait-bait susunan ayatnya sehingga pembaca dapat merasai emosi dan perasaan dalam setiap entrinya. 

Blognya juga cukup kemas dan tidak begitu serabut lebih tertumpu kepada penulisan untuk menyentuh hati para pembaca untuk lebih dekat dengan dakwah Islam pada masa kini. Cubalah singgah di blog ini pasti anda akan jatuh ‘chenta’. #chenta merupakan karya terbaru penulis dalam penulisan buku. Bermula dengan blog, kini penulis sudah mempunyai koleksi buku-buku yang ditulisnya sendiri.  

Walaubagaimanapun, penulis boleh menambahkan lebih banyak gambar-gambar menarik untuk menarik minat pembaca untuk terus membaca di setiap entrinya.





 2. inibelogsaya.blogspot.my 



Siapa juga yang tidak mengenali selebriti terkenal pada masa kini iaitu Hanis Zalikha yakni pemilik blog ini. Berbekalkan bakat semulajadinya dalam bidang penulisan, telah menjadikannya selebriti yang paling dicari di Google pada tahun 2010 sekaligus mengalahkan penyanyi NO.1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Selain itu, blognya juga penah dicalonkan dalam Most Influental Blog pada tahun 2011.  Beliau juga turut menjana pendapatan menerusi blognya dengan mengiklankan produk-produk masa kini. Beliau sangat giat mempromosikan produk kecantikan milik ibunya iaitu Toujours Advanced Collagen Shots di blognya. Jadi, siapa bilang dengan blog kita tidak boleh menjana pendapatan bukan? 

Menurut penggemar-penggemar blognya, beliau mempunyai gaya bahasa yang tersendiri dalam setiap penulisannya. Seringkali berkongsi tips kecantikan, fesyen terkini, dan kehidupan peribadinya, sedikit sebanyak telah menjadi sumber inspirasi buat orang di luar sana terutamanya golongan remaja. Blognya juga sangat ringkas dan menyebabkan blognya mudah dilayari tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk singgah ke blognya.

Kini, beliau jarang sekali mengemaskini blognya dan hal ini akan membuatkan ramai penggemar-penggemar blognya  ternanti-nanti dan merasa bosan untuk menunggu. 

3. cikgumarianaothman.blogspot.my 


Tahun 2010 merupakan titik pertama bermulanya penulis ini berkecimpung dalam dunia penulisan di blog. Pertanyaan-pertanyaan daripada pelajar seperti “Bila lagi cikgu akan membuat nota ringkas untuk tajuk-tajuk Pengajian Perniagaan yang lain? Saya lebih suka membaca nota ringkas cikgu dan kalau cikgu ada blog sendiri itu lebih mudah untuk kami mencari nota-nota dan latihan cikgu" membuatkan semangat guru ini semakin berkobar-kobar untuk mewujudkan blognya yang tersendiri. 

Beliau menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar terutamanya. Belian akan memuatnaik nota-nota ringkas untuk mata pelajaran Pengajian Perniagaan, bukan sahaja para pelajarnya sahaja dapat membaca nota-nota tersebut malahan semua pelajar di Malaysia dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan. Pada masa yang sama, penulis juga berkongsi hal-hal berkenaan kehidupan yang dapat dijadikan aspirasi buat pelajar di luar sana. Blognya yang bercirikan tema klasik ini mempunyai gadget-gadget seperti ruangan berbual, bilangan pelawat dan lokasi pelawat. Walaupun agak lama penulis ini tidak menulis di blognya, nota-notanya masih diguna pakai hingga ke hari ini. 

Bagi unsur penambahbaikan blog, penulis boleh menukar tema blog dan gadget semasa untuk lebih moden dan tidak ketinggalan zaman. Penulis juga boleh melampirkan nota-notanya melalui 'Google Drive' supaya lebih mudah untuk diakses tanpa perlu untuk memuatturun nota.

 4. www.azlitamasammanis.com 




Blog ini merupakan blog pertama yang akan saya cari jika ingin mencuba resipi yang baru. Melihatkan gambar-gambar yang dimuatnaik oleh penulis ini, pasti akan membuatkan ramai yang kecur liur ingin mencuba setiap jenis masakan yang terdapat dalam blog tersebut. 

Kebanyakan gambar makanan yang berada di dalam blog beliau menggunakan teknik 45º dari atas untuk kesan yang lebih dramatik terhadap makanan tersebut. Apa yang pasti setiap resepi yang dikongsikan oleh penulis pasti menjadi. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah bilangan pelawat blog beliau hampir mencecah sebanyak 52 juta pelawat. 

Sedikit penambahbaikan yang boleh dibuat dalam blog beliau ialah penulis boleh mencuba memasukkan klip video masakan untuk pembaca dapat memahami dengan lebih lanjut teknik-teknik memasak. Hal ini kerana, tidak semua jenis masakan dapat difahami dengan penulisan semata-mata. Masakan seperti kek dan pastri memerlukan masa untuk memahami teknik-tekniknya. Selain daripada itu, blog ini ialah blog masakan terbaik buat sesiapa di luar sana yang mahukan masakannya ‘menjadi’ setiap kali mencuba resepi yang baru.



5. lulalilolife.blogspot.my 




Blog yang berkisarkan tentang kehidupan penulis ini sendiri cukup menarik sekali untuk dikongsi bersama para pembaca di luar sana. Penulis yang kini baru sahaja habis menuntut di University of Birmingham, England banyak berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada di sana bermula sejak beliau pertama kali menjejakkan kaki di Birmingham sehingga beliau tamat pengajian di sana. 

Setiap entri beliau amat penuh dengan eksplorasi-eksplorasi menarik yang dapat dilihat dalam bentuk gambar. Blog beliau juga dihias indah di samping mempunyai lagu yang menenangkan jiwa.

 Walaubagaimanapun, terlalu banyak gadget dan lagu akan membuatkan blog agak lambat untuk diakses.


PENUTUP

     Setiap blog mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Semuanya bergantung kepada penulis itu sendiri. penulisan yang baik, idea yang bernas, tema yang cantik, dan aplikasi yang menarik akan membuatkan blog lebih digemari pembaca-pembaca di luar sana. 


Di bawah saya sertakan laporan dalam versi Microsoft Word pulak yer.. Isi masih lagi sama,
https://drive.google.com/file/d/0Bw6MzeQeVDoUejhDSHJvbVBVSjA/view?usp=sharing

sekian. 

HOW TO DO A MAIL MERGE

Stepnya cukup mudah lepas dah di'explain' oleh lecturer MTE kitorang.
So, macam mana cara-caranya... let's check it out.!!!!

Sebelum nak mula pastikan baca bismillah dulu.. kikiki

1) Taip sijil uolss macam biasa dulu. 
Antara info yang patut ada dalam sijil ialah:
o Nama program  
o Nama sekolah  
o Tarikh program  
o Tempat program 
o Anjuran 
o Nama pelajar sekolah  
o Nombor kad pengenalan pelajar  
o Tandatangan pengetua sekolah  

Contoh seperti di bawah.


Boleh ikut ke?.. okay proceed ke next step pulak.

2) Klik pada button 'Mailing', kemudian 'start mail merge'. Lepas tu, akan keluar step by step cara nak buat mail merge. 

3) Semua sekali akan ada 6 langkah. 


Step 1 ialah start the document. 

Step 2 pula untuk kita menulis nama atau apa-apa sahaja informasi yang berubah di dalam sijil kita. Klik pada 'type a new list'.

terpaparlah skrin database ini. Di sini anda boleh memasukkan info-info yang diperlukan. Bagi menambah bilangan info, cuma perlu klik 'new entry' dan begitulah sebaliknya.


Anda juga boleh klik 'customize column' untuk menambah atau membuang perkara-perkara yang tidak diperlukan.


Kemudian anda boleh memasukkan info yang sudah anda buat dalam database tadi ke dalam sijil anda. Caranya, padamkan nama pelajar dan masukkan info berkenaan nama pelajar. Di sini, nama pelajar saya gantikan dengan nama 'first name'. begitu juga dengan IC pelajar, saya gantikan dengan 'home phone'. 



 Setelah siap, anda boleh preview sijil2 anda.. Anda akan dapati info2 yang telah kita masukkan di database akan keluar di sijil2 anda. akhir sekali, bolehla anda print... :)


Di bawah ni ada link untuk uolss boleh tengok contoh sijil yang dah siap beserta database.




sekian, terima kasih. 
assalamualaikum.





Tuesday, 23 July 2013

PENGALAMAN DITEMUDUGA...

salam...

baca tajuk pun dh taw kan entry kali ni pasal apa.. nk share sikit la my pengalaman2 sewaktu ditemuduga.. bukan senang taw nk interview(iv) nie.. mesti prepare mental n fizikal betul2. seumur hidup baru first time p iv.. mula2 iv di UPM utk course BcS dgn pendidikan (math)... cikgu kata kauuu... huhh.. hampa ingat nak jadi doktor je ker kena iv... start dari tahun berapa ntah, kalau nk amek bidang pendidikan wajib taw kena iv dulu.. nampak sgt nk jadi cikgu sekarang bukan senang kann..


ok..tu yg first... x lama kemudian, dlm 3minggu lepas tu aku p iv pulak dekat kolej matrikulasi pulau pinang.. kali ini utk jadi lecturer pulak..hihihi.. dua2 bidang pasal pendidikan jer.. tp yg special pasal iv kali nie,, kalau berjaya akan further study kt uk..(amek nafas sebentar).. nk taw apa soalan2 yg ditanya.? mcm mana keadaan sebelum sewaktu temuduga? selepas x payah la kut.. nk wat pa kan selepas..hihi.. nie mai nk cerita sikit...


mula2 nak cerita pasal iv kt UPM dulu keh..

saat smpainya depan pintu upm aku mula rasa neves yg teramat.. aku pun wt final check tkot tertinggal doc2 penting.. lepas round satu upm (sebab kak aku nk mengimbau kenangan dia kt UPM dulu) aku pun p la kt tempat iv tu... turun keta je aku teruss cari toilet nk wt final touch up pulak... muka aku time tu agak x terurus sebab tidoq dlm keta..keluaq2 keta terus sememeh. yg aku nie dok neves, yg peneman2 aku bleh pulak nk snap2 gmbaq pulak...buat aku panaihhh jaa...

dekat situ aku dok cari owg yg kot2 aku kenai..last2 tersesat sowg budak kmk..kwn kpd kwn aku..  x tnya pulak dya amek kos apa.. 45 mnt kemudiian lepas menunggu kt ruang daftar ngn family aku,, urus setia pun mai.. n aku pun daftar diri... terkejut beruk aku tgk aku ialah owg first sekali dlm name list... tapi aku wt lek wt cun... jalan dgn sopan p bilik menunggu.. bilik menunggu tu sebelah bilik iv jerr. 

 aku borak2 arr dgn calon2 lain. ada dari kelantan, pahang.. tu jer aku taw..aku dok usha2 org lain punya sijil time depa dok susun2.. budak depan aku darii kolej mara kulim...what a small world...huhuhu... 


TEMUDUGA BERMULA

5 mnt pastu, nama aku kena panggil. lepas ada sowg abg tu tnjuk blik iv, aku pun ketuk pntu n masok.. ada 2 panel.. laki-laki(L) n pompuan(W) melayu. laki tu a bit mcm mat saleh.. then aku senyum n bg salam n duduk...

SOALAN2

 Depa pun belek2 sijil aku..n yg W pun mula bertanya soalan.. 

soalan satu: PERKENALKAN DIRI.


dua: APA PENDAPAT SAUDARI TTG BEBANAN TUGAS GURU. lepas tu yg L mula tanya........(jeng3) 

tiga: WHAT DO YOU THINK ABOUT SC N MATH IN ENGLISH... drpd soalan nie dia tnya mcm2 berdasarkan apa yg aku jawab..

empat: IN WHAT WAYS MATH IS USEFUL. (sebab aku kta math nie widely used). 

lima: SOME OTHER COUNTRIES DONT SEE MATH IS USEFUL, WHAT SHOULD U DO.. 

enam: HOW U CAN TELL GOVERNMENT TO ENFORCE MATH IN ENGLISH kot... 

tujuh: HOW MANY SIBLINGS DO YOU HAVE.. 

lapan: IF YOUR BROTHER DIISLIKE MATH, WHAT WILL YOU DO. 

sembilan: APA KAEDAH TERBAIK UTK MENARIK MINAT PELAJAR DLM MATH. 
sepuloh: 3 REASONS WHY WE SHOULD CHOOSE U..  

setakat tu ja yg aku ingt...ada lagi 1 atau 2 soalan kot.. lupa pulak apa soalan dia.hehehehe


x abeh takat tu.. kena wt ujian melihat nombor pullakkk.mcm ujian memandu.... lepas tu aku pun keluar..... blablabla-


geng mak jemah pergi UPM..hahak


iv jadi lecturer pulak


iv kali nie dh kurang sikit nervous dia...maklumla yg keduaaa... kali nie aku dh prepare speech sikit2.. belajar dr pengalaman.. dulu hantam jer apa nk cakap.. kali nie hantam jugak tapi tersusun sikit apa yg aku potpetpotpet dlm bilik iv tu... n of course, iv kali nie dlm BI jugak yerr.. be prepared...ok nak mulakan cerita dia...

  • mula2 kena sign kehadiran pastu masok bilik yg disediakan. dengaq taklimat dalam 15 minit pasai program nie... pastu kena wat ujian bertulis iaitu mengarang esei... tajuk esei tu ialah "what do you see yourself in 5 years from now?".. jawab dlm masa 20 mnt tepat.. dh lama x menulis lepas tinggalkan matrik..jadi kekok pulak nk tulis..tulisan pun lg buruk dari ayamm..ekkk???

    lepas siap, p tmpat menunggu... borak2 ngn kawan sebelah. ada jgak taklimat lagi..nak bagi kami x nervous katanyaa... lepas tu aku org ke 5 atau 6 ntah...x ingat... aku pun masuk bilik tue. macam besa bila p iv soalan wajib depa tanya TELL ME ABOUT YOUSELF... aku pun blablabla...

    soalan 2: apa nama pengarah n timbalan kmk.(nama pengarah ok lagi.. tp nama timbalan xsure sebenarnya. tapi aku dpt jawab soalan nie sebab teringat nama timbalan pengarah sama dgn nama lecturer fizik aku dulu..alhamdulillah)


    soalan 3:general question. (pngk, upu first choice apa dekat uni mana, subjek pilihan selain fizik,)


    soalan 4: how if u are transferred to sarawak? (soalan spot)


    soalan 5: what do you know about uk? (aku jawab manchester united!!!!!...hehehe. yg tu ja terpikir time tu)


    soalan 6: tell us what do u know about PPSMI? (aku jwb blablabla n based on my answer dia tanya bwh nie pulak)


    soalan 7: isn't matrix will be changed to this system(sistem MBMMBI)? (i said NOOOO..nasib baik a few years before aku penah p mesyuarat pibg sekolah adik aku..n pengetua dia cakap pasai PPSMI  dgn MBMMBI.. x sia2...ahamdulillah lagi)


    soalan 8: if that so, how u are going to teach in english?

    mungkin ada yg len lagi..tapi yg nie yang main point dia lahh.. selesai sudah dua episod... n sekarang alahamdulillah.. keputusan temuduga dah keluar... UPM dapat, UK pun alhamdulillah dapat jugak.. sekarang bergantung kepada diri ini nk pilih.. apa2 pun yg aku pilih my parents always support me no matter what.. tp pilih UK kott...hihihihi..peluang depan mata.. allhamdulillah sekali lagi...
    so kepada sesapa yg nnti nk p iv tu ingt2 lah.. x kisah la iv apa pun..confident tu MESTI ada.. deep knowledge ttg course kita pilih tu. personaliti tu penting.. your personality shows your attitude beb.. tmbh2 iv nk jadi cikgu,, buat la bg ada gaya seorang cikgu sikit..tp jangan over!!..  
    salam ramadhan...

Sunday, 14 July 2013

SUCCESS vs FAILURE..

Julai..Julai..Julai...

tak tau nak mula dari mana sebab banyak benor benda yang jadi bulan julai nie.. baru2 nie dapat tawaran masuk u di UPM.. dapat pulak pilihan pertama tu..wuuu..alhamdulillah.. seronok lagi tengok my friends pun berjaya sekali... for me it's a big success... liana, riry, shushu, myn, balqis, mery, n lain2 tahniah aku ucapkan... penat lelah kita belajaq kat matrik tak sia2 kan...cewahh. tu belum grad lagi tuh..


dalam kita tengah gembira menyambut ramadhan yang mulia nie... aku pulak tengah sibuk bertungkus -lumus belajar memandu.. dan 14 julai 2013 ialah hari keramatnya bila segala skill2 yg aku belajar akan diuji ...bahasa mudah 'test JPJ' woiii.... 


hari nie catat sejarah bila aku gagal kat parking.. padahal time latihan berjalan lancar ja... sedih tak kata... jalan raya ok lancar.. tapi takpa.. ujian memandu gagal boleh repeat..kalau gagal SPM xkan nak repeat balik kot.. so dengan kata2 itu aku menyedapkan hati yang lara nie...


lepas menyepikan diri dan bertenang, aku terpikir 'nie kan bulan ramadhan, gagal ujian memandu bermakna nie ialah ujian di bulan ramadhan'... sabaq je la... takpa wani takpa,... try harder next time...


konklusinya di sini,, x bermakna kita berjaya, kita x akan gagal, dan x bermakna kita gagal, kita x akan berjaya...


untuk itu lagu kita pada kali ini ialah.....
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-lagu-fikirkan-boleh.html#ixzz2Z2Jkpwhh

salam sayang dan salam ramadhan...